Dengan mengakses atau menggunakan platform ini, anda bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Jika anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan platform ini dengan segera.
1. Pengenalan
BanterasScammer ("platform", "kami") adalah platform komuniti yang bertujuan membantu rakyat Malaysia mengenal pasti dan melaporkan aktiviti penipuan (scam). Terma dan Syarat ini mengawal penggunaan anda terhadap laman web dan perkhidmatan yang kami sediakan.
2. Kelayakan Pengguna
Untuk menggunakan platform ini, anda mestilah:
- Berumur sekurang-kurangnya 13 tahun. Jika bawah 18 tahun, penggunaan mestilah dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
- Memberikan maklumat yang tepat dan benar semasa pendaftaran.
- Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aktiviti yang dilakukan menggunakan akaun anda.
- Tidak menggunakan platform ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
3. Penggunaan Yang Dibenarkan
Platform ini boleh digunakan untuk:
- Menyemak sama ada nombor telefon, URL, atau e-mel dikaitkan dengan aktiviti scam.
- Melaporkan scammer yang anda temui berdasarkan pengalaman sebenar.
- Memuat naik bukti yang sah bagi menyokong laporan scammer.
- Menerima notifikasi berkaitan scammer baharu yang dilaporkan.
4. Larangan Penggunaan
Anda dilarang sama sekali daripada:
- Membuat laporan palsu atau menfitnah individu yang tidak bersalah.
- Menggunakan platform untuk tujuan gangguan, ugutan atau membalas dendam.
- Memuat naik kandungan lucah, berbahaya atau melanggar hak cipta.
- Cuba menggodam, merosakkan atau mengganggu fungsi platform.
- Menggunakan bot atau skrip automatik untuk membuat laporan atau semakan.
- Menjual atau memindahkan akaun anda kepada pihak lain.
5. Tanggungjawab Laporan
Apabila anda menghantar laporan, anda mengakui bahawa:
- Laporan tersebut adalah berdasarkan pengalaman atau maklumat sebenar yang anda miliki.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kebenaran maklumat yang dihantar.
- Laporan palsu atau berniat jahat boleh mengakibatkan penamatan akaun dan tindakan undang-undang.
- Kami berhak untuk menolak, memadam atau mengubah suai sebarang laporan yang melanggar garis panduan.
6. Penafian Maklumat
Maklumat dalam platform ini adalah berdasarkan laporan komuniti dan telah melalui proses
moderasi. Kami tidak menjamin ketepatan,
kesempurnaan atau kebolehpercayaan sepenuhnya setiap rekod yang ada. Pengguna digalakkan untuk:
- Mengesahkan maklumat melalui pelbagai sumber sebelum membuat sebarang keputusan.
- Tidak bergantung semata-mata kepada platform ini sebagai satu-satunya sumber rujukan.
- Melaporkan sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat melalui saluran yang disediakan.
7. Hak Cipta & Kandungan
Semua kandungan asal dalam platform ini (reka bentuk, teks, kod) adalah hak milik
BanterasScammer. Dengan memuat naik bukti atau maklumat, anda memberikan kami lesen
tanpa bayaran untuk menggunakan, menyimpan dan memaparkan kandungan tersebut bagi
tujuan operasi platform. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak untuk berkongsi
kandungan yang dimuatnaik.
8. Penamatan Akaun
Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda tanpa notis awal sekiranya anda:
- Melanggar mana-mana terma yang dinyatakan dalam platform ini.
- Menggunakan platform untuk tujuan penipuan atau aktiviti jenayah.
- Memberikan maklumat palsu semasa pendaftaran.
Anda juga boleh memadam akaun anda sendiri dengan menghubungi kami melalui e-mel.
9. Had Liabiliti
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, BanterasScammer tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada:
- Pergantungan kepada maklumat yang dipaparkan dalam platform ini.
- Gangguan atau ketidaktersediaan perkhidmatan.
- Akses tanpa kebenaran ke atas akaun anda akibat kecuaian anda sendiri.
10. Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengemas kini Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan akan
berkuat kuasa serta-merta selepas disiarkan dalam platform. Penggunaan platform ini selepas perubahan tersebut bermaksud anda menerima terma yang dikemas kini.
11. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Terma dan Syarat ini, sila hubungi kami:
KEMASKINI TERAKHIR: MEI 2026 — BANTERAS SCAMMER